//story of the swag girl !
♥ a little about swag girl ♥

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! i am amoii lalingg . i love all things . thanks for stopping by my blog ! feel free to leave me a comment or send me an e-mail if you want to get in touch .


♥ yesterday is gone today is now tomorrow is ♥



♥ keep in touch ♥





♥ home walker ♥



♥ Credits ♥

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Amoii LaLingg
Others:   



♥ 7 kepentingan air untuk kesihatan badan ♥


Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita . Dan semua orang sudah sedia maklum mengenainya . Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan ? Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan .

1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air .

Anda ingin menurunkan berat badan ? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang . Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam . Juga sebelum makan , minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat . Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air . Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa . Apabila anda minum air yang sejuk , badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.

2. Air membantu meningkatkan tenaga anda .

Apabila anda berasa letih dan haus , terus dapatkan air . Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih . Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging . Tidak perlu tunggu untuk minum air . Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus . Sekiranya anda mempunyai cukup air , jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan .

3. Air mampu mengurangkan stres .

Seperti yang saya sebutkan , 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air . Sama juga seperti otak . Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air) , badan dan minda anda juga turut stress . Apabila anda berasa haus sahaja , itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi . Untuk memastikan anda kurangkan stress , sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap .

4. Bentuk otot anda dengan air .

Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan . Apabila anda minum air dengan cukup , anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah .

5. Mencantikkan kulit anda .

Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian . Contoh terbaik adalah kaum Cina . Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah , mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka . Tidak kira masa . Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan mempunyai kulit muka yang licin dan bersih . Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara . Dengan kerap meminum air , kulit akan dihidrasikan , menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik . Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih .

6. Air melancarkan proses penghadaman .

Selain serat, air juga penting untuk penghadaman . Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman . Apabila anda mengalami dehidrasi , badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan .

7. Air mengurangkan pembentukan batu karang .

Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air . Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang . Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair . Jadi , kurangkan risiko anda dengan minum banyak air !


Adakah anda minum air dengan cukup ?

Melalui saranan pakar pemakanan , anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air . Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula , tetapi air suam ataupun air mineral . Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.